Home Local Datuk Bandar MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri tinjau fasiliti temasya SUKMA...

Datuk Bandar MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri tinjau fasiliti temasya SUKMA XX JOHOR 2020

Sekitar lawatan kerja YB Tuan Haji Salehuddin Bin Haji Hassan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn BhdAntara venue-venue yang dilawati ialah Dataran MBIP, Velodrom Negeri Johor dan Arena Emas bagi sukan petanque, boling padang, skuasy dan memanah.

Lawatan ini bertujuan memastikan fasiliti sukan yang dibina berjalan dengan lancar dan mencapai piawaian yang telah ditetapkan menjelang Temasya Sukan Malaysia SUKMA XX 2020 Johor.Menurut laporan kemajuan kesiapsiagaan gelanggang SUKMA XX yang dibentangkan pada 16 Jun lalu, hampir keseluruhan daripada 39 venue yang bakal digunakan sudah disiapkan atau sudah 90% siap.

Tumpuan utama seharusnya pada Stadium Olahraga, Kompleks Sukan Johor dengan Sijil Perakuan Siap (CCC) telah dikeluarkan pada 17 Februari lalu.Sejumlah 32 sukan akan dipertandingkan pada SUKMA XX Johor dengan 16 daripadanya adalah sukan wajib, 15 adalah sukan pilihan dan satu sukan demonstrasi – silambam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here