Home Sukma Pemeriksaan Rapi Pastikan Lapang Sasar Johor Sedia Digunakan

Pemeriksaan Rapi Pastikan Lapang Sasar Johor Sedia Digunakan

Lapang Sasar Johor yang dibina oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)hari ini sekali lagi menerima pemeriksaan teknikal daripada Polis Diraja Malaysia.Gelanggang yang dibina bersekali dengan Kompleks Sukan Johor di Mount Austin turut merangkumi Stadium Ragbi dan Stadium Olahraga.

Pemeriksaan teknikal ke Padang Sasar Johor yang melibatkan Sekretariat SUKMA XX Johor dan Polis Diraja Malaysia telah dilakukan pada hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan kebenaran melepaskan tembakan dan menyimpan senjata api di Padang Sasar Johor.

Pemeriksaan teknikal ini merangkumi pemeriksaan Shooting Target System – Suis dan bilik kebal senjata api. Pemeriksaan ini perlu dan penting bagi memastikan Padang Sasar Johor memenuhi syarat untuk memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan agar Padang Sasar Johor ini secara rasminya siap dan boleh digunapakai untuk temasya SUKMA XX Johor atau sebarang pertandingan peringkat negeri atau kebangsaan yang akan dilaksanakan nanti.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here