Home Education Perbaiki Diri Dengan Etika Pemakaian Yang Betul

Perbaiki Diri Dengan Etika Pemakaian Yang Betul

(Dari kiri) Chuan Tek Pheung, Ketua Program Perhubungan Awam besama Chan Song Sheng, Ketua Skop Pembaziran Elektrik; Prof Ir. Dr Lee Sze Wei, Presiden Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman; Cheong Ming Hao, Ketua Skop Peraturan Kereta dan Vandalisme; Kua Mei Chen, Ketua Skop Etika Pemakaian; Dearna Kee June Chen, Dekan Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI); Ooi Jes See, Ketua Skop Pemuliharaan Air; dan Pn.Shubashini Anamalai, Dekan Bersekutu FCCI; melancarkan TAR-U-Care “It’s All Care” secara rasmi.

Masyarakat dibentuk oleh sekumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai individu dari latar belakang sosial yang berbeza. Individu-individu ini menyumbang dan bekerjasama dengan berkongsi dan mengamalkan norma-norma etika dan nilai-nilai, sehingga menjadi daya penggerak masyarakat yang bertamadun. Walau bagaimanapun, disebabkan pendedahan berlebihan daripada pelbagai komuniti dalam masyarakat moden, individu terutamanya golongan muda mempunyai kecenderungan untuk mudah dipengaruhi oleh semua aspek yang mereka ambil dan lihat dari masyarakat. Ini disebabkan oleh fakta bahawa maklumat yang dikumpulkan dan diperhatikan secara melulu oleh anak-anak muda dalam generasi kini tidak digunapakai dan justeru melakukan tindakan yang tidak wajar dalam menilai sama ada tindakan mereka adalah betul atau salah tanpa memikirkan akibatnya.

Institusi pendidikan berperanan mewujudkan dan mengekalkan masyarakat dengan mentakrifkan kod kelakuan bertujuan memberi pengetahuan kepada anak-anak muda di zaman sekarang. Adalah dipercayai bahawa prinsip pendidikan bukan sahaja mengejar kebenaran dan pengetahuan tetapi juga perkembangan moral, termasuk pembangunan diri, etika, minda, dan penilaian. Aspek-aspek ini dapat  membentuk seorang individu untuk berjaya dan bertahan dalam masyarakat yang kompetitif. Institusi pendidikan adalah asas dalam mendidik masyarakat, yang membantu individu memupuk kemahiran interpersonal mereka, mengenal pasti dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Oleh itu, pendidikan adalah salah satu faktor yang membangunkan masyarakat.


Ahli Jawatankuasa TAR-U-Care menjelaskan kepada pelajar tentang pakaian yang dianggap sebagai kod pakaian universiti yang tidak sesuai.

Sementara itu, ketika para belia menjejakkan kaki mereka ke institusi pendidikan, mereka cenderung untuk melaksanakan apa sahaja yang diberikan dan diperhatikan dari masyarakat tanpa analisis yang tepat terhadap kesan sampingannya. Antara unsur yang dibawa oleh anak-anak muda ke universiti mereka adalah ketidakmampuan untuk mematuhi kod pakaian yang betul. Adalah menjadi kewajipan institusi pendidikan merancang garis panduan kod pakaian yang betul. Walaupun selepas menjalani proses pembelajaran etika berpakaian dari universiti mereka, para belia masih memilih untuk berpakaian berdasarkan keutamaan mereka sendiri. Sebenarnya, tindakan ini adalah semata-mata berasaskan minda dan pilihan mereka sendiri.Para belia hari ini cukup matang untuk berpakaian mengikut citarasa mereka, dan ini menjadi alasan mengapa institusi pendidikan tidak menguatkuasakan peraturan ini.



(Dari kiri) Shubashini Anamalai, Dekan Bersekutu FCCI;  Dearna Kee June Chen, Dekan FCCI; Prof Ir Dr Lee Sze Wei, Presiden TAR UC; dan Chuan Tek Pheung, Ketua Program Perhubungan Awam; merasmikan garis panduan kod pakaian baru TAR UC yang direka oleh jawatankuasa kempen.

Etika pakaian menjadi isu yang tidak dapat ditangani di institusi pendidikan selama beberapa dekad. Sebagai contoh, selipar, seluar pendek, dan singlet dianggap sebagai kod pakaian yang tidak sesuai untuk dipakai mana-mana institusi pendidikan. Di samping itu, tanggapan pertama melalui penampilan dapat mempengaruhi pendapat awal tentang keperibadian, kecekapan, dan keupayaan seseorang. Orang ramai boleh menilai para pelajar berdasarkan gaya berpakaian kerana ini menggambarkan imej institusi mereka. Paling penting, pelajar harus mematuhi garis panduan universiti kerana ia merupakan cara mereka menghormati persekitaran institusi pendidikan mereka. Untuk mengelakkan pelajar daripada menyalahgunakan hak kebebasan mereka dan dengan matlamat untuk memupuk komuniti institusi yang dihormati, garis panduan institusi memainkan peranan yang penting dalam memastikan isu-isu ini terkawal.

Sehubungan ini, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) telah berjaya mengambil langkah-langkah untuk mencegah keadaan ini supaya tidak menjadi isu yang serius pada masa hadapan. TAR UC memilih langkah diplomatik untuk membetulkan perkara ini dengan merangka garis panduan kod berpakaian yang terperinci dan sesi penjagaan diri untuk pelajar mereka. Sebagai institusi yang memupuk panduan kod pakaian yang betul, TAR UC percaya bahawa kod bpakaian memberi kesan positif di kalangan pelajar dan juga mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sepatutnya untuk para pelajar.

TAR-U-Care “It’s All Care” adalah kempen rangkaian media sosial yang dianjurkan oleh pelajar mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam (Kepujian). Kempen ini dianjurkan untuk menggalakkan TARCIANS untuk menjaga institusi mereka dengan menangani masalah pembaziran sumber, kegagalan mematuhi dasar TAR UC mengenai kod pakaian, dan tabiat parkir buruk di kalangan pelajar yang merupakan isu dari 4 skop utama kempen (Elektrik, Kod Pakaian, Cara Parkir Kenderaan & Vandalisme dan Air). Selain itu, TAR UC juga percaya bahawa usaha mereka mengenai perkara ini akan berterusan dan dipatuhi di kalangan pelajar di TAR UC, pada masa yang sama ia juga bermanfaat untuk masa depan dan kesejahteraan masyarakat.

“Selepas bertemu dengan perunding imej profesional, saya telah mempelajari banyak lagi gaya berpakaian mengikut garis panduan kod pakaian kampus. Pada masa yang sama, saya juga berjaya meningkatkan keyakinan diri saya melalui sesi ini,” menurut salah seorang peserta ketika menyertai sesi dandanan diri. Pelajar dari TAR UC belajar tentang pentingnya mematuhi kod pakaian kerana ia bukan sahaja mencerminkan institusi sebaliknya ia menunjukkan sikap dan keperibadian individu. Bilangan pelajar yang menyertai sesi penjagaan diri menunjukkan mereka telah membuang sikap tidak acuh dengan mengambil kira pandangan orang lain terhadap mereka.


TAR-U-Care bekerjasama dengan jurugaya profesional untuk membina imej peribadi yang unik di kalangan pelajar.

Di samping itu, individu yang mengamalkan etika berpakaian yang baik dapat memupuk tingkah laku yang baik kepada rakan sebaya mereka. Melalui amalan etika berpakaian yang betul oleh pelajar TAR UC, mereka boleh menjadi contoh untuk mempengaruhi orang lain untuk mematuhi etika berpakaian yang betul tidak kira di tempat kerja atau di kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, bagaimana kita dapat mengekalkan tabiat ini untuk jangka panjang dalam masyarakat? Jawapannya mudah, semuanya bermula dari cara  kita berfikir dan perubahan hanya boleh dicapai jika ada inisiatif. Ayuh! berubahlah untuk masa depan generasi muda kita.

Visits: 225

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here