Home Uncategorized Segera bantu sektor sukan

Segera bantu sektor sukan

Industri sukan terus diabaikan. Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, rakyat Malaysia yang mengusahakan padang, gelanggang, pusat sukan dan gimnasium terus diabaikan. Pendek kata, tutup kedai.

Sukan bukan saja tertumpu kepada atlet profesional. Ia melibatkan juga para pekerja pusat sukan, jurulatih, instructor gimnasium, jurugambar dan ramai lagi.

Sejak Total Lockdown dilaksanakan, jumlah kes positif yang disumbangkan sebahagian besar adalah daripada kluster tempat kerja. Hanya beberapa peratus saja melibatkan kluster komuniti apatah lagi kluster yang melibatkan sukan.

Negara jiran, Thailand sekarang menjadi tuan rumah #ACL2021 dan sedang berlangsung dengan jayanya menggunakan model sports bubble. Malah, kita ada wakil negara yang bermain di sana.

Kita pernah membuka sektor sukan pada tahun lalu. Dan terbukti belum pernah wujud kluster Covid-19 yang melibatkan mereka yang bersukan di tempat terbuka.

Kebanyakan operator premis sukan pula dah banyak membelanjakan jutaan ringgit bagi meneruskan perniagaan mereka dan ada yang terpaksa berdepan dengan risiko penutupan operasi sekiranya keadaan berlarutan.

Beri bantuan sewajarnya kepada mereka. Ada yang terkesan dari segi mental dan kewangan. Lihat saja sudah ramai rakyat Malaysia yang membunuh diri akibat tekanan hidup.

Sektor sukan digantung tak bertali. Mohon perhatian Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Reezal Merican.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here