Home Sports MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEMENANGAN ATLET JOHOR DI SUKAN SEA VIETNAM 2021 DAN...

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEMENANGAN ATLET JOHOR DI SUKAN SEA VIETNAM 2021 DAN SUKAN KOMANWEL BIRMINGHAM 2022

JOHOR BAHRU, 17 OGOS – Seramai 40 orang atlet Johor menerima insentif kemenangan sukan berjumlah RM163 ribu atas kejayaan meraih pingat di Sukan SEA Vietnam 2021 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang telah disampaikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru malam tadi.

Pada Sukan SEA edisi ke-31 yang berlangsung di Vietnam pada Mei lalu menyaksikan 26 daripada 62 atlet Johor berjaya menyumbangkan pingat kepada kontinjen Malaysia dengan jumlah pingat iaitu 3 pingat emas, 7 pingat perak dan 15 pingat gangsa.

Bagi kejayaan pingat emas, pemenang menerima imbuhan bernilai RM4,000.00 diikuti RM2,000.00 bagi pingat perak dan RM1,500.00 bagi pingat gangsa dengan jumlah keseluruhan insentif kemenangan di Sukan SEA Vietnam 2021 berjumlah RM63 ribu. Atlet Karate, Sureeya Sankar a/l Hari Sankar yang memenangi dua pingat emas menerusi Kumite Individu Lelaki -67kg dan Kumite Berpasukan LelakI menerima insentif tertinggi di Sukan SEA berjumlah RM8,000.00.

RM34ribu turut diperuntukkan kepada enam (6) atlet Johor yang memenangi pingat di Sukan Komanwel Birmingham 2022 baru-baru ini. Bagi kejayaan tersebut, pemenang pingat emas menerima insentif berjumlah RM6,000.00, pingat perak RM4,000.00 dan pingat gangsa RM2,000.00.

Pejabat Menteri Besar Johor turut memperuntukkan sejumlah RM66 ribu bagi imbuhan kemenangan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 iaitu RM10,000.00 bagi pingat emas, RM8,000.00 pingat perak dan RM6,000.00 pingat gangsa.Selain insentif kemenangan, atlet Johor ke Sukan Komanwel juga menrima insentif penyertaan bernilai RM2,000.00.

Jaguh badminton muda negara, Ng Tze Yong muncul penerima tertinggi insentif Sukan Komanwel iaitu sebanyak RM30 ribu selepas meraih satu (1) pingat emas dan satu (1) pingat perak menerusi acara individu dan berpasukan campuran.

Diikuti rakan seperjuangannya, Tan Kian Meng, RM26,000 bagi pingat emas acara berpasukan campuran dan pingat gangsa beregu campuran manakala pemenang pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022, atlet angkat
berat, Mohamad Aniq bin Kasdan menerima insentif berjumlah RM18,000.

Turut disampaikan insentif penyertaan berjumlah RM28 ribu kepada 14 atlet Johor yang ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 iaitu RM2,000.00 setiap seorang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here