Home Sports TMJ kurnia semula insentif untuk JDT kepada kerajaan negeri Johor

TMJ kurnia semula insentif untuk JDT kepada kerajaan negeri Johor

Selepas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang trofi Piala Malaysia musim 2019 pada 2 November lalu, kerajaan negeri Johor melalui Menteri Besar YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal telah bersetuju untuk memberikan insentif berjumlah RM500,000 kepada pasukan Harimau Selatan itu.

JDT muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua setelah membenam Kedah 3-0 pada 2 November lalu.

Bagaimanapun melalui satu keratan video temubual ekskluif ‘No Holds Barred’ bersama dengan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 7 November yang lalu telah bertitah untuk memulangkan semula insentif itu kepada kerajaan negeri Johor.

Perkara ini kemudian disahkan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. Menurutnya, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah berkenan untuk mengurniakan semula insentif ini kepada Kerajaan Negeri Johor, hari ini.

“Kurniaan semula ini adalah bagi menampung pembelian bot pengutip sampah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di Negeri Johor demi melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku,” kata Dr. Sahruddin.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas keprihatinan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja,” tambahnya lagi.

Terdahulu, YAB Dato’ Dr. Sahruddin bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani telah mengadap Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here